Payahkah Korbankan 5 Minit?

oleh: ukhwah_fillah90@yahoo.co.uk
https://ukhwahfillah.wordpress.com/

dua-old-man

Ketika cuti semester baru-baru ini, saya telah diajak untuk turut sama bermain futsal yang seringkali diadakan saban minggu. Memang sudah menjadi lumrah kepada sahabat-sahabat saya bermain futsal paling kurang 2 minggu sekali. Tidak sabar rasanya untuk beraksi di dalam gelanggang. Bagi saya, apa-apapun sukan yang saya sertai, saya akan pastikan jelas tujuannya. Pertama, bermain kerana Allah, untuk kekalkan kesihatan supaya dapat menjalankan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Kedua, mengeratkan silaturrahim dalam kalangan sahabat-sahabat.

Pada kebiasaannya, saya pergi ke padang futsal bersama mas’ul saya, tetapi memandangkan keadaannya yang tidak berapa sihat, maka saya beralih dengan menumpang seorang rakan lama, Ramli (bukan nama sebenar).

Seperti biasa sebelum memulakan perlawanan, kami buka majlis dengan Ummul Quran terlebih dahulu. Seterusnya renggangan beramai-ramai diiringi dengan zikrullah dan selawat kepada Junjungan Mulia kita, Rasulullah s.a.w. Walaupun semangat saya berkobar-kobar untuk bermain, saya bukanlah seorang yang cekap bermain bola. Acapkali saya dimarahi oleh rakan sepasukan kerana banyak membuka peluang kepada musuh. Semangat tanpa kemahiran tidak akan membuahkan hasil. Ah, pedulikan. Bagi saya kemahiran pasti akan datang seiring dengan semangat yang menjulang tinggi. Takbir.

Saya terbaring kelesuan. Rasa penat yang teramat. Jantung saya berdegup kencang. Sudah lama tidak bersenam menyebabkan saya cepat letih. Seorang demi seorang pemain keluar dari gelanggang. Manakala pemain-pemain dari kelompok yang lain pula sedang menunggu giliran untuk masuk bermain. Tamat sudah masa yang diperuntukkan untuk kami. Seusai berehat 2 minit, Pak Cik Mohamad bangun untuk memberi sedikit tazkirah sebelum pulang ke rumah masing-masing. Tetapi saya tidak melihat langsung kelibat Ramli, rakan yang menumpangkan saya. Saya mula rasa gelisah. Pasti Ramli sedang menunggu saya di kereta. Serba salah, mahu terus pulang atau dengar tazkirah terlebih dahulu. Saya tekad untuk tunggu sebentar mendengar tazkirah yang hanya 5 minit itu.

Seusai majlis ditutup, bersalam-salaman, saya bergegas ke kereta. Ramli menunggu dengan muka yang merah padam. Saya dimarahi dan dimaki hamun hanya kerana saya mendengar tazkirah? Saya agak terkilan. Sudahlah kos perlawanan disponsor sepenuhnya oleh Pak Cik Mohamad, seusai bermain terus pergi tanpa bersalam, dimaki hamun pulak tu. Ingin ditegur, umur saya lebih muda berbanding mereka, seorang diri dan menumpang pula. Hanya diam membantah. Tidak mampu mencapai nahi mungkar tahap pertama dan kedua dalam situasi ini.

Mengapa hal ini harus terjadi? Perkara yang baik dimaki hamun. Perkara yang buruk disanjung-sanjung. Walhal bukan-muslim juga menghormati apa yang baik daripada Islam. Lantas saya teringat satu sabda Rasulullah “Neraka itu dipagari dengan perkara yang nafsu cinta, sedangkan syurga itu dipagari dengan perkara yang nafsu benci” Padahal, Ramli berasal daripada keluarga yang kuat agama, bersekolah di sekolah agama, dan menyambung di universiti agama. Benarlah firman Allah swt dalam Quran:

إن الله لا يغير بقوم حتي يغير ما بأنفسهم

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan mereka”

[Ar-Ra’du: 11]

Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa,

Iman tidak dapat dijual beli,

Iman tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,

Engkau mendaki gunung yang tinggi,

Engkau merentas lautan api,

Namun tak dapat jua dimiliki,

JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH

~Raihan – Iman Mutiara~

Jejak Pemuda K.A.H.F.I Di Era Moden.

Oleh : BroHamzah JR

brohamzh@yahoo.com

Suatu Malam yang hening

Dihadapan Allah aku menangis

Hinanya ummat Muslimin di dunia

Kenapa?

Lalu datanglah jawapannya :

“Tidakkah engkau tahu : Ummah ini memiliki hatinya tapi tidak kekasihnya.”

PROLOG : Harapan Mereka.

Kuharapkan pemuda inilah yang akan sanggup

Membangunkan zaman yang baru

Memperbaharui kekuatan iman,

Menyalakan pelita hidayat,

Menyebarkan ajaran khatimul anbiya…”

(MUHAMMAD IQBAL)

Sesunggguhnya hatiku sangat menyayangi mereka ( generasi muda).-

“Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagian itu terletak dalam istiqamah (komitmen dengan ajaran Islam) dan beramal soleh.”

Generasi muda yang diInginkan Allah swt adalah generasi yang tetap dan berpegang teguh pada Deen islam serta berupaya mengembangkan kalimat ” La Ilaha Illallah,”.Mereka hidup denganNya… Mereka sanggup mati juga kerna-Nya..

Wahai pemuda zaman ku….

” Kaummu di timur dan barat negeri ini

Bagaikan penghuni gua di pendalaman yang amat terpencil

Sementara ditangan kanan mereka ada dua cahaya :

Al-Quran dan As –Sunnah,

Tapi mengapa mereka terus terperosok ke lembah yang gelap gelita.”

( DR. A’IDH AL-QARNI)

SEJARAH BERULANG..

Pemuda Kahfi, kisah masyur dikalangan pemuda dan Mujahid Islam..

Kisah kekentalan dan kisah keyakinan …

Pengorbanan dan kesungguhan..

Sejarah mereka terakam indah..

Sebagai pedoman dan iktibar untuk..

Generasi mendatang…

Pemuda Kahfi.. Bukti keimanan dan ketaqwaan dicelah-celah kejahilan dan kefasadan…

Sesungguhnya mereka adalah beberapa orang pemuda yang hidup pada suatu masa di zaman seorang raja yang atheis ( tidak bertuhan ) dan zalim. Seorang raja yang angkuh yang mengakui dirinya sebagai tuhan. Mereka melihat dan memerhati , keadaan masyarakat sekeliling yang lalai dan alpa. Kaum mereka menyembah berhala, berpesta dengan iringan nyanyian lagu yang melalaikan dan didampingi minuman yang memabukkan.Mereka lihat kaum mereka bersujud kepada berhala dan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepadabatu-batu yang jelas tidak memberikan apa-apa manfaat dan kebaikan.Jiwa kerdil mereka memekik : ” Inilah adalah kejahilan dan kebodohah yang nyata!!!..”

Allah ingin menghidupkan hati pemuda-pemuda ini. Lantas mereka mengasingkan diri dari kaumnya. Perihal ketauhidan mereka diketahui oleh pihak pemerintah dan raja mengerahkan tentera mencari mereka dan dihukum kerana murtad daripada agama nenek moyang mereka. Mereka bertekad dan melarikan diri daripada kezaliman demi meneguhkan pegangan mereka.Allah berfirman :

” Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, ” Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami berkali-kali tidak akan menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran,” ( AL-Kahfi:14)

Mereka bersembunyi di dalam gua yang sempit dan gelap. Dan dengan izin Allah, mereka tertidur di dalam selama tiga ratus sembilan tahun..Kita maklumi kisahnya.Apa yang penting, merekalah ikon pemuda yang mempunyai keteguhan hati dan kejernihan jiwa kepada Allah swt. Mereka adalah anak muda yang berani melawan arus, berpegang pada prinsip dan kebenaran walaupun ia berisiko tinggi. Pada era moden ini, golongan yang berjaya adalah mereka yang bersikap seperti ashabul Kahfi ini.

Namun , masih wujudkah keperibadian seperti mereka di zaman moden ini???

INILAH MEREKA ..

Dicelah-celah zaman yang penuh dengan kerosakan dan kefasadan ini, kezaliman berleluasa dan kemaksiatan bermaharajalela , masih terdapat insan-insan pilih Allah swt yang amat tinggi pegangan Agama mereka. Di dalam kesibukan masyarakat kepada dunia yang penuh dengan penipuan ini, mereka tetap dan teguh pada keyakinan da keimanan mereka kepada Allah swt.Merekalah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang iltizam (komited) mendirikan solat berjemaah 5 waktu sehari semalam. Mereka bersungguh-sungguh menjaga akhlak dan keperibadian mereka dan diri mereka dihiasi dengan akhlak islamiyah.

Di waktu rakan-rakan yang sebaya dengan mereka leka dan bergembira di kelab-kelab hiburan dan panggung wayang serta tempat berpeleseran, mereka sibuk dan khusyu mendengar dan menghayati ceramah-ceramah pengajian agama. Hati dan jiwa mereka terpaut jatuh cinta kepada majlis-majlis itu. Ia umpama taman-taman syurga. Dengannya , hati mereka bersinar dan jiwa mereka bercahaya. Di majlis itu penuh dengan kebaikan, keistiqamahan,kemuliaan dan zikir kepada Allah swt.Di taman damai inilah , mereka bertemu pemuda-pemuda dan saudara-saudara mereka yang berpegang teguh pada iman dan taqwa. Mereka bertemu dengan orang-orang yang sentiasa memelihara solah lima waktu secara berjemaah, taat penuh kepada Allah swt dan RasulNya. Mereka berkumpul dan bersatu kerana Allah swt dan ketahuilah mereka hidup ‘bahagia’ bersama….

Tatkala , remaja-remaja lain gemar dan seronok membaca majalah-majalah pisican ,murahan dan berunsur lucah, mereka ini pula asyik dengan dunia bacaan mereka tersendiri. Buku-buku dan bahan bacaan mereka adalah Al-Quran , Hadis Rasulullah ,Buku-buku Sirah Rasulullah, kitab-kitab agama dan buku-buku karya ulamak muktabar. Inilah teman dan sahabat kecintaan mereka. Buku fikrah islam sebagai sahabat dan teman dampingan. Teman yang tidak pernah menipu.Dengannya, mereka dididik dan diasuh dengan asuhan rabbani.

Mereka sangat suka mendengar alunan-alunan merdu bacaan Al-Quran dan nasyid-nasyid islamik. Mereka memasangnya dimana sahaja mereka berada. Di dalam rumah, berkumandanglah irama merdu nasyid yang mengajak kepada mengingati Allah dan seruan nasyid menyemarakkan roh jihad. Jiwa mereka sentiasa berhajat kepada hiburan islamik dan mereka tenangnya dengannya. Di dalam kereta, alunanAl-Quran menjadi pilihan. Siaran radio yang tidak syara’ ditolak ketepi.Mereka takut mendengarnya, bimbang Allah murka. Di tempat belajar dan bekerja, nasyid yang syara dipasang sebagai tatapan dan penyegar halwa telinga.

Mereka tidak sama seperti remaja-remaja yang lalai. Sukakan nyanyian –nyanyian dan lagu-lagu yang melalaikan dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt.Nyanyian artis-artis yang mendedahkan aurat, artis yang hidupnya rosak dan tidak diberkati oleh Allah swt. Lagu mereka secara terangan merosakkan dan menghancurkan keperibadian mukmin sejati.Lagu yang berunsurkan pemujaan syaitan dan mensyirikkan Allah swt. Ketahuilah, kehidupan seorang artis adalah kehidupan yang tidak soleh. Kehidupan yang penuh dengan tipu daya.. Usahlah rasa kagum dengan mereka…..

Wahai saudara yang budiman, inilah mereka!! Beginilah kehidupan mereka.Berzikir, membaca Al-Quran,solah lima waktu berjemaah , berakhlak mulia dan mereka sentiasa tenang dan damai… Itulah kehidupan pemuda K.A.H.F.I di zaman moden ini.Walaupun dunia sebegini teruk dan rosak, mereka tetap dengan keyakinan mereka. Inilah mereka. Anda pula bagaimana?

LANGKAH BERMULA

Tidak inginkah kau menjadi seperti mereka? Mereka kelihatan tenang.Wajah mereka bersinar-sinar tanda keikhlasan dan keimanan yang jitu. Akhlak mereka cukup memikat.Alangkah bahagianya mereka….Keperibadian mereka tampak unggul..Mereka berjalan penuh tawadu’ dan wara. Dan ketahuilah mereka sangat takut kepada Allah swt.Mereka inilah contoh ikutan generasi pemuda hari ini. Marilah perbaiki diri dan ia bermula di sini :

# Peliharalah niat amalan solehmu.

# Dirikan dan peliharalah solah lima waktu secara berjemaah

# Lazimkanlah hadir ke taman-taman syurga ( majlis ilmu)

# Istiqamahlah dan tetaplah berzikir di mana sahaja

# Istighfar dengan segera andaikata dosa menghinggapi diri

# Bacalah / hayati/menangislah apabila berhadapan dengan ayat-ayat Al-Quran

# Kesemua dia di atas menyimpulkan – Jagalah hubungan dengan Allah-dimana saja.

PESANAN MEREKA UNTUK KALIAN– ( Wahai generasi harapan)

Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Ya Allah, Sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaandan keagungan bagi ummat Muhammad.”

Syeikh Mustafa Masyhur

Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat.”

Muhammad Ahmad Ar-Rashid

” Golongan muda yang suci hatinya dari segala noda,bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan islam yang sebenar dan akidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun.”

Ibnu Syihab Az-Zuhry

Jangan kamu rasa rendah diri kerana mudamu.”

Dr. Abdullah Azzam

Saudaraku yang terhormat.Sesungguhnya jihad adalah rangkuman daripada kesabaran, kemantapan ,istiqamah dan tahan dalam menghadapi berbagaimacam tentangan.Hendaknya engkau selalu bertaqwa dan berzikir.”

EPILOG

Wahai saudaraku yang dihormati!!!

Andaikata kau gemar mendengar nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan merosakkan beralihlah segera kepada nasyid-nasyid yang syara. Dengarlah alunan bacaan Al-Quran imam-imam dan qari-qari hafiz yang tersohor di dunia ini.. Dengarlah pasti kau akan tersentuh.Kemerduaan suara mereka pasti melenturkan egomu. Hati yang keraskan melembutkan perasaanmu.InsyaAllah, kau akan terpikat.Bacaannya ,bacaan yang hangat.Tak mustahil air matamu akan mengalir andaikata engkau mendengar dan menghayati … Percayalah, pujuklah hatimu yang keras itu…Pinjamlah kaset atau CD Al-Quran daripada saudaramu yang memilikinya…Ku yakin, engkau akan teruja dengannya…

Wahai saudaraku yang budiman!!

Andaikata kau suka melihat, membelek dan menatap majalah-majalah berbau lucah dan meruntuhkan akhlak ; hentilah segera.. Ya sekarang ini..Ketahuilah ia amat bahaya untuk imanmu dan taqwamu.Maruahmu akan tercalar.Dan yang amat mengerunkan, Allah tersangat murka kepadamu…Ketahuilah engkau telah berbuat dosa dan noda. Segeralah beristgihfar dan bertaubat kepada Allah swt.

Imam Qusyari berkata :

Taubat adalah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah swt.”

Inginku khabarkan kepadamu, di sana terdapat sebuah buku yang amat mulia. Bila dibaca, hati terasa tenang. Jiwamu akan nyaman, damai dan tenteram. Dadamu pula terasa begitu lapang.Ketahuilah saudara ku itulah Al-Quran. Berwudhuklah, tatapilah ia , bacalah dengan khusyuk dan tadabbur.Ku yakin, air matamu akan mudah mengalir ..ketika itu engkau akan merasai kenyaman hidup bersama Al-Quran. AL-Quran hidup dalam hayat dan jiwa mereka beriman..

Pemuda K.A.H.F.I

Marilah kita menjadi seperti mereka. Pemuda yang teguh keyakinan dan ketaqwaan. Mereka amat memelihara solah lima waktu secara berjemaah. Mereka cukup sensitif dan peka apabila membaca Al-Quran. Mereka gemar mendengar-dengar ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah , nasihat-nasihat yang baik. Mereka suka senyum dan wajah mereka cukup tenang dan mempesonakan. Marilah mencontohi mereka dan bersahabat serta bergaullah dengan mereka..Semoga kita turut terkesan dan dididik oleh mereka yang soleh pilihan Allah swt… Oleh itu, – wahai saudaraku yang iltizam- Jadilah engkau Pemuda K.A.H.F.I…☺

Bentuk Pemeliharaan Allah

Sudah seminggu aku berada di MMU ini. Minggu pertama merupakan minggu orientasi. Di tempatku, program seumpama ini digelar Minggu Taaruf. Lantas aku teringat Minggu Taaruf yang diadakan di MATRI saban tahun. Penuh dengan aktiviti yang mendekatkan para peserta kepada Allah, tidak terlepas juga diriku. Seronok berada di dalam program yang tarbawi.

Rasa sungguh tenang walaupun kadangkala terasa bosan. Rinduku membuak2 kepada sahabat2ku, adik2ku di MATRI dan khasnya adik2 di bumi Changlun, Attoyyibah. Tetapi, minggu orientasi di MMU ini penuh dengan aktiviti yang melalaikan dan menjauhkan diriku daripada Allah. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku lari daripada program ini. Tetapi apakan daya, semua pelajar baru wajib menyertai program ini. Aku bertambah pening dan sakit kepala. Aku hairan bagaimana pelajar yang lain mampu ketawa dan berseronok dengan program ini. Baruku sedari, mereka tidak pernah rasai tarbiyah sebagaimana yang pernah aku lalui. Aku terlalu benci. Acapkali aku tersentuh dengan perempuan dengan tidak sengaja. Terlalu sosial. Terpaksa menari, menyanyi. Kumpulan yang bercampur lelaki perempuan, melayu cina india, islam dan bukan islam. Otakku ligat memikirkan bagaimana untuk keluar dari semua ini. Otakku bertambah serabut.

Tiba2, aku teringat kata2 Cikgu Azmi Bahari, masulku yang amat kukagumi, sewaktu di MATRI dahulu “Orang mukmin akan mencari setiap rumusan / hikmah terhadap apa sahaja yang terjadi ke atas dirinya.” Aku mula berfikir. Allah tidak akan mensia2kan hanbanya yang berjuang di atas jalanNya. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersirat di sebalik apa yang terjadi. Aku juga teringat kata2 yang sering aku gunakan untuk menasihat orang lain, “Jika kita hadirkan Allah dalam segenap kehidupan kita, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita.” Aku yakin dan berdoa agar Allah pelihara diriku di dalam lautan masyarakat yang jahil ini.

Esoknya, aku duduk di dalam dewan dengan para peserta yang lain untuk acara seterusnya yang aku sendiri pun tidak tahu apakah acara tersebut. Tiba2 satu kejadian yang mengejutkan aku berlaku. Semalam urusetia mengambil gambarku. Aku sangkakan untuk dilekatkan di atas kad namaku. Namun, sangkaanku meleset. Rups2nya untuk dicalonkan sebagai Mr. MMU (Pelajar Lelaki Paling Popular Di MMU), dan akan digandingkan pula dengan Mrs. MMU (Pelajar Perempuan Paling Popular Di MMU). “Ya Allah, dalam 500 pelajar, mengapa namaku juga termasuk di dalam 7 calon pelajar paling popular. Tak dapat kubayangkan, aku perlu menari, menyanyi, dan melakukan aksi2 yang memalukan di atas pentas sambil disaksikan oleh semua pelajar2 yang lain di dalam dewan tersebut. Aku nampak gambarku ditayangkan di LCD Screen. Rakan2 di sekeliling semuanya memandang diriku dan mengusikku. “Ya Allah, selamatkanlah diri hambaMu ini.” Aku benar2 yakin Allah akan peihara diriku, cuma aku tidak tahu bagaimanakah bentuknya pemeliharaan Allah tersebut. Adakah dengan aku terus keluar dari dewan ini sementara masih sempat? Aku cuba untuk tenangkan diriku yang gelisah ini. 7 orang nama2 calon akan diumumkan satu persatu. Aku tidak tahu giliranku yang ke berapa. Setiap calon yang diumumkan perlu naik ke atas pentas. Setelah calon kelima diumumkan, tinggal baki lagi 2 calon. Aku yakin salah satunya itu adalah aku. Badanku berpeluh. Seluruh badanku menggigil walaupun aku berusaha untuk tenang. Kaku. Kesejukan air-cond sudah tidak kurasa. Ketika calon yang keenam hendak diumumkan, tiba2 pengerusi memintas. Katanya “Rasanya tidak cukup 5 orang calon. Baiklah kita akan pilih seorang lagi secara spontan (terus pilih tanpa merujuk kepada nama2 yang asal tadi)” .Baru aku sedar, pengerusi itu telah lupa bahawa sebenarnya ada 7 orang calon. Dan dia sangkakan hanya ada 5 orang calon sahaja. Jadi apabila dia hendak jadikan 6 calon kesemuanya, maka dia perlu memilihnya secara spontan. Alhamdulillah. Allahuakbar. “Ya Allah, sungguh hebat kekuasaanMu. Engkau selamatkan diriku hanya dengan melupakan diri mereka sahaja” Aku hampir menangis terharu. Namun cepat2 kulapkan mataku dengan lengan bajuku.

Esoknya, aku terlambat 10 minit untuk datang solat Subuh di masjid. Jd namaku dicatit. Lebih menggelisahkan aku, entah macam mana aku boleh tertinggal kad namaku di dalam bilik. Sebelum ini pun, tak pernah aku lupa untuk membawa kad namaku. Jadi sebelum masuk ke dalam dewan, urusetia memanggil semua nama2 pelajar yang lewat ke masjid. Beberapa orang keluar termasuk aku. Namun, kulihat semua yang lewat itu memakai kad nama, melainkan aku. Aku bertambah gelisah. Ketua urusetia melihat aku tanpa kad nama, lalu dia datang kepadaku. Dia bertanya di mana kad namaku. Aku menjawab tertinggal di dalam bilik. Mukanya merah padam. Dengan suara yang agak tinggi, dia suruh aku pergi ambil dan datang semula dalam masa 2 minit. Aku berlari sepantas mungkin untuk mengambil kad namaku dan datang semula dalam masa yang telah diberikan, dan aku lihat semua pelajar yang lewat tadi telah masuk ke dalam barisan semula. Lalu aku pun terus masuk ke dalam barisan tanpa memikirkan apa2. Namun aku terdengar suara2 kawanku2 bersembang. Katanya pelajar yang lewat tadi telah didenda untuk lompat pitang (lompat sambil tepuk tangan) sebanyak 60 kali di depan semua orang. “Ya Allah. Engkau selamatkan aku sekali lagi”. Aku terkejut dan hairan, bagaimana mereka boleh habiskan melompat sebanyak 60 kali tidak sampai 2 minit. Dalam masa 2 minit itulah Engkau selamatkan aku daripada didenda dan dimalukan di khalayak ramai.

2 hari kemudian, kesalahan yang sama berulang kembali. Aku masih lewat untuk ke masjid. Namaku dicatit dan diberi kepada ketua urusetia. Denda untuk kali ini pula ialah berdiri di atas tangga di tengah panas dan ketuk ketampi sebanyak 20 kali. Aku yakin kali ini aku pasti akan didenda dan tidak dapat untuk selamatkan diri lagi. Tapi aku pelik, semua nama pelajar yang lewat diumumkan kecuali aku seoang. Ya Allah! Sekali lagi Engkau pelihara diriku.

Banyak lagi peristiwa yang meyakinkan diriku akan pemeliharaan Allah. Antaranya dalam 20 kmpln mgkn 4 kmpln sahaja yang tidak perlu ke check point merangkak di dalam lumpur di tengah malam. termasuklah kumpulanku. Kemudian, Allah susun dalam kumpulanku terdapat ramai pelajar2 yang berasal dari sekolah agama. Banyak lagi yang tak dapat untuk kunyatakan.

Begitulah sahabat2. Betapa unik dan halusnya pemeliharaan Allah ke atas diri kita tanpa kita sedari. Ini apa yang benar2 terjadi ke atas diri ana. Mungkin juga berlaku ke atas diri sahabat2 @ adik2 tanpa kalian sedari. Hanya bersangka baiklah terhadap Allah. Bagi orang yang tidak berfikir ia tidak akan kata Allah yang peliharanya, tetapi ia akan kata “Nasib baik tak kena” Ataupun, “Kebetulan ja tu”. Tetapi bagi orang mukmin, mereka akan kata “Alhamdulillah, Allah susun aku tak kena.” Kerana apa sahabat2? Kerana “Orang mukmin akan mencari hikmh terhadap apa sahaja yang terjadi ke atas dirinya.”
Inilah hakikatnya sahabat2. Suasana masyarakat di luar memang teruk. Mana2 tempat pun hampir sama sahaja suasananya jika Allah tidak diambil sebagai Ilah. Ini baru suasana yg ana hadapi semasa di universiti. Ana tahu suasana di luar sana lebih teruk. Jd perlulah ana persiapkan diri dengan selengkapnya.

Cuba fikirkan

Setiap anak pokok akan diletakkan di tapak semaian. Apabila panas terik, bumbung hitam akan menapis cahaya yang mencukupi sahaja untuk sampai kepada anak pokok. Apabila hujan lebat, bumbung hitam juga akan menapis air2 hujan agar jatuh ke atas pokok dengan perlahan. Apabila angin kencang, dinding2 akan menghalang angin kencang tersebut daripada merosakkan anak pokok tersebut. Anak pokok akan membesar dengan subur dan matang di dalam tapak semaian. Tetapi anak pokok tidak tahu bagaimana kehidupan di luar. Dengan panas teriknya, dengan hujan lebatnya, dan dengan angin kencangnya, kerana anak pokok hidup di dalam tapak semaian sejak kecil. Tetapi, anak pokok pasti akan dikelurkan apabila sampai masanya nanti.

Kisah pokok ini sama dengan hakikat diri adik2 @ sahabat2 yang masih berada di sekolah agama. Kalian masih berada di tapak semaian. Kalian terlindung daripada suasana masyarakat yang teruk. Malah suasana sekeliling kalian juga masih baik berbanding dengan tempat2 yang lain. Kalian juga masih tidak lihat, betapa runcingnya masalah yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Tetapi, sampai bila kalian akan berseronok berada di tapak semaian. Kalian pasti akan keluar dari tapak semaian dan akan hidup di dunia luar yang penuh dengan cabaran dan kepayahan. Setakat manakah persediaan kita (ana dan antum)? Kalau di tapak semaian pun kalian dah kecundang dengan wanita. Kalau di tapak semaian pun kalian dah kecundang dengan hawa nafsu. Kalau di tapak semaian pun kalian dah langgar perintah Allah. Maka ana yakin, kalian pasti akan kecundang di dunia luar, dan akan kecundang juga di akhirat. Oleh itu, sementara kalian masih berada di tapak semaian, maka membesarlah kalian menjadi sepohon pokok yang matang dan mampu hidup di dunia luar dengan subur.

ukhwah_fillah90

17 Jun 08

MMU


Seikhlas Kasih Sayang Yang Abadi

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda  daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket  seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil  kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil  duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya  menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk  memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang  aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah  tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik  nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti  menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit  menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.

Setelah puas  melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar  mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah  di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik  cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan  yang mencucuk-cucukMelihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati,  kesan dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup  mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, “Jangan menangis kak,  semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu  membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran  belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan
menyambung  pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah  cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah  berkata, “Zah,kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga  sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.  “Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik  keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu. “Ayah, saya tak mahu  ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik  dalam-dalam.Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti  biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa  kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu,  ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik  tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak  perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka,  dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai  baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat  sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke  universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat  akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas  dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya  memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?”  bisikku. “Siapa?”Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak  adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa  sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia  menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata  kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti  berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air  jernih mengalir di pipi.Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen  pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik  keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku  sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli  satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul  adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat  ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara  menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti  selalu. “Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya  balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.  Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada  tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak,  kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang  masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya  untuk bekerja keras.”Apalagi…aku menangis seperti  selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang  usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik  terima jawatan tu, apa kata orang lain?”kata adik. “Adik takde pelajaran.  Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke  sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk

“Kenapa sebut kisah lama,  kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik  terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada  majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis  bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”Spontan adik  menjawab, “Selain emak, kakaksaya….”katanya lantas menceritakan suatu  kisah yang langsung tidak kuingati.

“Semasa sama-sama bersekolah  rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut  saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka  kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.  Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya  akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan  menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku  meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan  diserang histeria.

Jika manusia berkasih sayang krn allah mungkin lebih hebat dan menarik!!! ia bermula dari islam dan iman!!!

Ada yang mengangis ke ??? Ambil lah iktibar ye…

Nilai Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?” “Ya, nak tanya apa?” “Berapa pendapatan ayah sejam?” “Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” “Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?” “20 ringgit sejam.” “Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…” Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

money

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan. “Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah. “Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

Moral
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka…

« Older entries