Coretan Ringkas Rehlah Penang

oleh: ukhwah_fillah90@yahoo.co.uk
https://ukhwahfillah.wordpress.com/

rehlah-penangPhoto yg diedit oleh Sayyid Sofwan

Terdetik di hati saya untuk membuat satu program kebersamaan antara 2 kumpulan pelajar yang amat bermakna pada diri saya. Bekas halakat dan bekas anak murid saya. Akhirnya tercapai jua hasrat hati setelah bertumgkus-lumus merancang dan berdoa. Walaupun hanya 3 hari, ia meninggalkan suatu yang bermakna pada diri saya.

“Buat kerana Allah. Jangan buat kerana manusia. Kelak pabila manusia hilang, akan hilang semangat bekerja. Tetapi buat kerana Allah, Allah akan tetap ada.” Antara nasihat saya terhadap mereka suatu ketika dulu. Huh, kini saya rasa nasihat2 saya kepada mereka dahulu, kini terkena diri saya semula. Sukar rasanya untuk mempraktikkan apa yang saya ucapkan. Setelah masuk ke medan, barulah terbongkar segala kekuatan dan kelemahan. Samada sebelum ini beramal kerana Allah atau manusia semata. Iman yang menurun terasa lebih banyak daripada iman yang menaik.

Itulah fungsinya sahabat yang saling berkasih sayang kerana Allah. Sahabat yang sebenar ialah sahabat yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah walaupun hanya dengan melihatnya sahaja. Kita mungkin mempunyai ramai kawan, tetapi sukar untuk mencari sahabat. Justeru, andaikata anda sudah mempunyai sahabat, maka peliharalah sebaiknya persahabatan anda agar tidak menyesal di hari kemudian.

Sesaat bersama mereka, mengingatkan saya pada Pencipta. Memang benar, kadangkala keikhlasan itu memerlukan paksaan. Seperti pakai hijab la. Ada yang kata “kalau tak ikhlas, baik tak payah pakai tudung”. Keikhlasan yang melibatkan halal haram, memerlukan paksaan. Kalau dahulu, saya yang selalu ajak mereka solat sunat, baca mathurat setiap petang, puasa sunat setiap minggu, tadarrus bersama, muhasabah bersama dan byk lagi. Kini, semua itu telah makin kurang dari diri saya. Mereka pula yang bius semangat pada diri saya, walaupun secara tidak sedar.

Banyak lagi perkara yang kami dapat. Pengalaman ‘night walk’ ke Pantai Kerachut tanpa renjer, amat menguji kebergantungan kami kepada Allah, bukan kepada lampu pelita minyak tanah yang boleh padam pada bila2 masa saja. Kemudian, menguji sejauh mana ukhwah kami. Tidur di dalam khemah dengan berbeza umur dan sekolah. Tolong-menolong ketika trekking.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman2 yang tak sempat ditulis.Pada hari terakhir sebelum pulang ke sekolah masing-masing, kami hanya sempat berjabat salam di Stesen Bas tanpa sebarang kata penutup. Buat pengetahuan anda, ini mungkin kali terakhir saya berjumpa dengan mereka, khususnya pelajar at-Toyyibah memandangkan mereka akan sambung belajar tingkatan4 di sekolah lain. Ditambah pula dengan jadual sem saya yang tidak sama dengan jadual sekolah2 yg lain. Apa2pun saya berharap sangat untuk masih terus berjumpa mereka di hari kemudian…

ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS 59:10)

“Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”

img_0361

Berjalan keluar dari Pantai Kerachut

img_0363

Berehat di Taman Bunga

dsc02607Sempadan Tasek Meromiktik

dsc02620Taman Negara Pantai Kerachut

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah

jihad

Bismillahhir Rahmanir Rahim…

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..

Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah..

Sahabatku Harapanku..

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!

Sahabatku Sayangku..

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan pemuda-pemuda tetapi bagaimana keadan mereka? Sebahagian besar pemuda-pemuda hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwah. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..

Sahabatku..

Aku sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..

Jadilah “belajar” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah. Semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan Islam..

Sahabatku..

Semoga kita tidak banyak bergaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..

Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang-orang soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..

Sahabatku..

Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderita. Pengalaman ini juga sebagai dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..

Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “Mahabatullah”; “Orang yang melihat dirinya serba kurang akan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..

Sahabatku..

Rasanya cukup dulu buat kali ini..

Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..

PeRSaHaBaTAn YaNg SeBenAr

    Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai – nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

Ayat-ayat Cinta

ayat-ayat-cinta.jpg

 Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.

Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Hargailah Sebuah Persahabatan


a

Ku hadiahkan khusus buat sahabat2 seperjuangan

 

 

ERTI PERSAHABATAN

 

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.