Coretan Ringkas Rehlah Penang

oleh: ukhwah_fillah90@yahoo.co.uk
https://ukhwahfillah.wordpress.com/

rehlah-penangPhoto yg diedit oleh Sayyid Sofwan

Terdetik di hati saya untuk membuat satu program kebersamaan antara 2 kumpulan pelajar yang amat bermakna pada diri saya. Bekas halakat dan bekas anak murid saya. Akhirnya tercapai jua hasrat hati setelah bertumgkus-lumus merancang dan berdoa. Walaupun hanya 3 hari, ia meninggalkan suatu yang bermakna pada diri saya.

“Buat kerana Allah. Jangan buat kerana manusia. Kelak pabila manusia hilang, akan hilang semangat bekerja. Tetapi buat kerana Allah, Allah akan tetap ada.” Antara nasihat saya terhadap mereka suatu ketika dulu. Huh, kini saya rasa nasihat2 saya kepada mereka dahulu, kini terkena diri saya semula. Sukar rasanya untuk mempraktikkan apa yang saya ucapkan. Setelah masuk ke medan, barulah terbongkar segala kekuatan dan kelemahan. Samada sebelum ini beramal kerana Allah atau manusia semata. Iman yang menurun terasa lebih banyak daripada iman yang menaik.

Itulah fungsinya sahabat yang saling berkasih sayang kerana Allah. Sahabat yang sebenar ialah sahabat yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah walaupun hanya dengan melihatnya sahaja. Kita mungkin mempunyai ramai kawan, tetapi sukar untuk mencari sahabat. Justeru, andaikata anda sudah mempunyai sahabat, maka peliharalah sebaiknya persahabatan anda agar tidak menyesal di hari kemudian.

Sesaat bersama mereka, mengingatkan saya pada Pencipta. Memang benar, kadangkala keikhlasan itu memerlukan paksaan. Seperti pakai hijab la. Ada yang kata “kalau tak ikhlas, baik tak payah pakai tudung”. Keikhlasan yang melibatkan halal haram, memerlukan paksaan. Kalau dahulu, saya yang selalu ajak mereka solat sunat, baca mathurat setiap petang, puasa sunat setiap minggu, tadarrus bersama, muhasabah bersama dan byk lagi. Kini, semua itu telah makin kurang dari diri saya. Mereka pula yang bius semangat pada diri saya, walaupun secara tidak sedar.

Banyak lagi perkara yang kami dapat. Pengalaman ‘night walk’ ke Pantai Kerachut tanpa renjer, amat menguji kebergantungan kami kepada Allah, bukan kepada lampu pelita minyak tanah yang boleh padam pada bila2 masa saja. Kemudian, menguji sejauh mana ukhwah kami. Tidur di dalam khemah dengan berbeza umur dan sekolah. Tolong-menolong ketika trekking.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman2 yang tak sempat ditulis.Pada hari terakhir sebelum pulang ke sekolah masing-masing, kami hanya sempat berjabat salam di Stesen Bas tanpa sebarang kata penutup. Buat pengetahuan anda, ini mungkin kali terakhir saya berjumpa dengan mereka, khususnya pelajar at-Toyyibah memandangkan mereka akan sambung belajar tingkatan4 di sekolah lain. Ditambah pula dengan jadual sem saya yang tidak sama dengan jadual sekolah2 yg lain. Apa2pun saya berharap sangat untuk masih terus berjumpa mereka di hari kemudian…

ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS 59:10)

“Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah”

img_0361

Berjalan keluar dari Pantai Kerachut

img_0363

Berehat di Taman Bunga

dsc02607Sempadan Tasek Meromiktik

dsc02620Taman Negara Pantai Kerachut

Advertisements

~KEM MINDA KREATIF 12~

Logo EuroSkills-Rdam

kmk-12-brochure

kmkbrochure2