Payahkah Korbankan 5 Minit?

oleh: ukhwah_fillah90@yahoo.co.uk
https://ukhwahfillah.wordpress.com/

dua-old-man

Ketika cuti semester baru-baru ini, saya telah diajak untuk turut sama bermain futsal yang seringkali diadakan saban minggu. Memang sudah menjadi lumrah kepada sahabat-sahabat saya bermain futsal paling kurang 2 minggu sekali. Tidak sabar rasanya untuk beraksi di dalam gelanggang. Bagi saya, apa-apapun sukan yang saya sertai, saya akan pastikan jelas tujuannya. Pertama, bermain kerana Allah, untuk kekalkan kesihatan supaya dapat menjalankan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Kedua, mengeratkan silaturrahim dalam kalangan sahabat-sahabat.

Pada kebiasaannya, saya pergi ke padang futsal bersama mas’ul saya, tetapi memandangkan keadaannya yang tidak berapa sihat, maka saya beralih dengan menumpang seorang rakan lama, Ramli (bukan nama sebenar).

Seperti biasa sebelum memulakan perlawanan, kami buka majlis dengan Ummul Quran terlebih dahulu. Seterusnya renggangan beramai-ramai diiringi dengan zikrullah dan selawat kepada Junjungan Mulia kita, Rasulullah s.a.w. Walaupun semangat saya berkobar-kobar untuk bermain, saya bukanlah seorang yang cekap bermain bola. Acapkali saya dimarahi oleh rakan sepasukan kerana banyak membuka peluang kepada musuh. Semangat tanpa kemahiran tidak akan membuahkan hasil. Ah, pedulikan. Bagi saya kemahiran pasti akan datang seiring dengan semangat yang menjulang tinggi. Takbir.

Saya terbaring kelesuan. Rasa penat yang teramat. Jantung saya berdegup kencang. Sudah lama tidak bersenam menyebabkan saya cepat letih. Seorang demi seorang pemain keluar dari gelanggang. Manakala pemain-pemain dari kelompok yang lain pula sedang menunggu giliran untuk masuk bermain. Tamat sudah masa yang diperuntukkan untuk kami. Seusai berehat 2 minit, Pak Cik Mohamad bangun untuk memberi sedikit tazkirah sebelum pulang ke rumah masing-masing. Tetapi saya tidak melihat langsung kelibat Ramli, rakan yang menumpangkan saya. Saya mula rasa gelisah. Pasti Ramli sedang menunggu saya di kereta. Serba salah, mahu terus pulang atau dengar tazkirah terlebih dahulu. Saya tekad untuk tunggu sebentar mendengar tazkirah yang hanya 5 minit itu.

Seusai majlis ditutup, bersalam-salaman, saya bergegas ke kereta. Ramli menunggu dengan muka yang merah padam. Saya dimarahi dan dimaki hamun hanya kerana saya mendengar tazkirah? Saya agak terkilan. Sudahlah kos perlawanan disponsor sepenuhnya oleh Pak Cik Mohamad, seusai bermain terus pergi tanpa bersalam, dimaki hamun pulak tu. Ingin ditegur, umur saya lebih muda berbanding mereka, seorang diri dan menumpang pula. Hanya diam membantah. Tidak mampu mencapai nahi mungkar tahap pertama dan kedua dalam situasi ini.

Mengapa hal ini harus terjadi? Perkara yang baik dimaki hamun. Perkara yang buruk disanjung-sanjung. Walhal bukan-muslim juga menghormati apa yang baik daripada Islam. Lantas saya teringat satu sabda Rasulullah “Neraka itu dipagari dengan perkara yang nafsu cinta, sedangkan syurga itu dipagari dengan perkara yang nafsu benci” Padahal, Ramli berasal daripada keluarga yang kuat agama, bersekolah di sekolah agama, dan menyambung di universiti agama. Benarlah firman Allah swt dalam Quran:

إن الله لا يغير بقوم حتي يغير ما بأنفسهم

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan mereka”

[Ar-Ra’du: 11]

Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa,

Iman tidak dapat dijual beli,

Iman tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,

Engkau mendaki gunung yang tinggi,

Engkau merentas lautan api,

Namun tak dapat jua dimiliki,

JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH

~Raihan – Iman Mutiara~

Advertisements

1 Comment

  1. hUda said,

    J00000012UTC 3, 2007 at 9.01 pm12

    Assalamualaikum..
    alhamdulillah..masih ramai lelaki yg bertaqwa dlm dunia ini..
    ana mahu brtya,adakah persahabatan antara lelaki dn prempuan i2 dibenarkan oleh syarak?? atupun title sbg ‘sahabat’ i2 hya alasan semata-mata??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: