Jejak Pemuda K.A.H.F.I Di Era Moden.

Oleh : BroHamzah JR

brohamzh@yahoo.com

Suatu Malam yang hening

Dihadapan Allah aku menangis

Hinanya ummat Muslimin di dunia

Kenapa?

Lalu datanglah jawapannya :

“Tidakkah engkau tahu : Ummah ini memiliki hatinya tapi tidak kekasihnya.”

PROLOG : Harapan Mereka.

Kuharapkan pemuda inilah yang akan sanggup

Membangunkan zaman yang baru

Memperbaharui kekuatan iman,

Menyalakan pelita hidayat,

Menyebarkan ajaran khatimul anbiya…”

(MUHAMMAD IQBAL)

Sesunggguhnya hatiku sangat menyayangi mereka ( generasi muda).-

“Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagian itu terletak dalam istiqamah (komitmen dengan ajaran Islam) dan beramal soleh.”

Generasi muda yang diInginkan Allah swt adalah generasi yang tetap dan berpegang teguh pada Deen islam serta berupaya mengembangkan kalimat ” La Ilaha Illallah,”.Mereka hidup denganNya… Mereka sanggup mati juga kerna-Nya..

Wahai pemuda zaman ku….

” Kaummu di timur dan barat negeri ini

Bagaikan penghuni gua di pendalaman yang amat terpencil

Sementara ditangan kanan mereka ada dua cahaya :

Al-Quran dan As –Sunnah,

Tapi mengapa mereka terus terperosok ke lembah yang gelap gelita.”

( DR. A’IDH AL-QARNI)

SEJARAH BERULANG..

Pemuda Kahfi, kisah masyur dikalangan pemuda dan Mujahid Islam..

Kisah kekentalan dan kisah keyakinan …

Pengorbanan dan kesungguhan..

Sejarah mereka terakam indah..

Sebagai pedoman dan iktibar untuk..

Generasi mendatang…

Pemuda Kahfi.. Bukti keimanan dan ketaqwaan dicelah-celah kejahilan dan kefasadan…

Sesungguhnya mereka adalah beberapa orang pemuda yang hidup pada suatu masa di zaman seorang raja yang atheis ( tidak bertuhan ) dan zalim. Seorang raja yang angkuh yang mengakui dirinya sebagai tuhan. Mereka melihat dan memerhati , keadaan masyarakat sekeliling yang lalai dan alpa. Kaum mereka menyembah berhala, berpesta dengan iringan nyanyian lagu yang melalaikan dan didampingi minuman yang memabukkan.Mereka lihat kaum mereka bersujud kepada berhala dan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepadabatu-batu yang jelas tidak memberikan apa-apa manfaat dan kebaikan.Jiwa kerdil mereka memekik : ” Inilah adalah kejahilan dan kebodohah yang nyata!!!..”

Allah ingin menghidupkan hati pemuda-pemuda ini. Lantas mereka mengasingkan diri dari kaumnya. Perihal ketauhidan mereka diketahui oleh pihak pemerintah dan raja mengerahkan tentera mencari mereka dan dihukum kerana murtad daripada agama nenek moyang mereka. Mereka bertekad dan melarikan diri daripada kezaliman demi meneguhkan pegangan mereka.Allah berfirman :

” Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, ” Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami berkali-kali tidak akan menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran,” ( AL-Kahfi:14)

Mereka bersembunyi di dalam gua yang sempit dan gelap. Dan dengan izin Allah, mereka tertidur di dalam selama tiga ratus sembilan tahun..Kita maklumi kisahnya.Apa yang penting, merekalah ikon pemuda yang mempunyai keteguhan hati dan kejernihan jiwa kepada Allah swt. Mereka adalah anak muda yang berani melawan arus, berpegang pada prinsip dan kebenaran walaupun ia berisiko tinggi. Pada era moden ini, golongan yang berjaya adalah mereka yang bersikap seperti ashabul Kahfi ini.

Namun , masih wujudkah keperibadian seperti mereka di zaman moden ini???

INILAH MEREKA ..

Dicelah-celah zaman yang penuh dengan kerosakan dan kefasadan ini, kezaliman berleluasa dan kemaksiatan bermaharajalela , masih terdapat insan-insan pilih Allah swt yang amat tinggi pegangan Agama mereka. Di dalam kesibukan masyarakat kepada dunia yang penuh dengan penipuan ini, mereka tetap dan teguh pada keyakinan da keimanan mereka kepada Allah swt.Merekalah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang iltizam (komited) mendirikan solat berjemaah 5 waktu sehari semalam. Mereka bersungguh-sungguh menjaga akhlak dan keperibadian mereka dan diri mereka dihiasi dengan akhlak islamiyah.

Di waktu rakan-rakan yang sebaya dengan mereka leka dan bergembira di kelab-kelab hiburan dan panggung wayang serta tempat berpeleseran, mereka sibuk dan khusyu mendengar dan menghayati ceramah-ceramah pengajian agama. Hati dan jiwa mereka terpaut jatuh cinta kepada majlis-majlis itu. Ia umpama taman-taman syurga. Dengannya , hati mereka bersinar dan jiwa mereka bercahaya. Di majlis itu penuh dengan kebaikan, keistiqamahan,kemuliaan dan zikir kepada Allah swt.Di taman damai inilah , mereka bertemu pemuda-pemuda dan saudara-saudara mereka yang berpegang teguh pada iman dan taqwa. Mereka bertemu dengan orang-orang yang sentiasa memelihara solah lima waktu secara berjemaah, taat penuh kepada Allah swt dan RasulNya. Mereka berkumpul dan bersatu kerana Allah swt dan ketahuilah mereka hidup ‘bahagia’ bersama….

Tatkala , remaja-remaja lain gemar dan seronok membaca majalah-majalah pisican ,murahan dan berunsur lucah, mereka ini pula asyik dengan dunia bacaan mereka tersendiri. Buku-buku dan bahan bacaan mereka adalah Al-Quran , Hadis Rasulullah ,Buku-buku Sirah Rasulullah, kitab-kitab agama dan buku-buku karya ulamak muktabar. Inilah teman dan sahabat kecintaan mereka. Buku fikrah islam sebagai sahabat dan teman dampingan. Teman yang tidak pernah menipu.Dengannya, mereka dididik dan diasuh dengan asuhan rabbani.

Mereka sangat suka mendengar alunan-alunan merdu bacaan Al-Quran dan nasyid-nasyid islamik. Mereka memasangnya dimana sahaja mereka berada. Di dalam rumah, berkumandanglah irama merdu nasyid yang mengajak kepada mengingati Allah dan seruan nasyid menyemarakkan roh jihad. Jiwa mereka sentiasa berhajat kepada hiburan islamik dan mereka tenangnya dengannya. Di dalam kereta, alunanAl-Quran menjadi pilihan. Siaran radio yang tidak syara’ ditolak ketepi.Mereka takut mendengarnya, bimbang Allah murka. Di tempat belajar dan bekerja, nasyid yang syara dipasang sebagai tatapan dan penyegar halwa telinga.

Mereka tidak sama seperti remaja-remaja yang lalai. Sukakan nyanyian –nyanyian dan lagu-lagu yang melalaikan dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt.Nyanyian artis-artis yang mendedahkan aurat, artis yang hidupnya rosak dan tidak diberkati oleh Allah swt. Lagu mereka secara terangan merosakkan dan menghancurkan keperibadian mukmin sejati.Lagu yang berunsurkan pemujaan syaitan dan mensyirikkan Allah swt. Ketahuilah, kehidupan seorang artis adalah kehidupan yang tidak soleh. Kehidupan yang penuh dengan tipu daya.. Usahlah rasa kagum dengan mereka…..

Wahai saudara yang budiman, inilah mereka!! Beginilah kehidupan mereka.Berzikir, membaca Al-Quran,solah lima waktu berjemaah , berakhlak mulia dan mereka sentiasa tenang dan damai… Itulah kehidupan pemuda K.A.H.F.I di zaman moden ini.Walaupun dunia sebegini teruk dan rosak, mereka tetap dengan keyakinan mereka. Inilah mereka. Anda pula bagaimana?

LANGKAH BERMULA

Tidak inginkah kau menjadi seperti mereka? Mereka kelihatan tenang.Wajah mereka bersinar-sinar tanda keikhlasan dan keimanan yang jitu. Akhlak mereka cukup memikat.Alangkah bahagianya mereka….Keperibadian mereka tampak unggul..Mereka berjalan penuh tawadu’ dan wara. Dan ketahuilah mereka sangat takut kepada Allah swt.Mereka inilah contoh ikutan generasi pemuda hari ini. Marilah perbaiki diri dan ia bermula di sini :

# Peliharalah niat amalan solehmu.

# Dirikan dan peliharalah solah lima waktu secara berjemaah

# Lazimkanlah hadir ke taman-taman syurga ( majlis ilmu)

# Istiqamahlah dan tetaplah berzikir di mana sahaja

# Istighfar dengan segera andaikata dosa menghinggapi diri

# Bacalah / hayati/menangislah apabila berhadapan dengan ayat-ayat Al-Quran

# Kesemua dia di atas menyimpulkan – Jagalah hubungan dengan Allah-dimana saja.

PESANAN MEREKA UNTUK KALIAN– ( Wahai generasi harapan)

Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Ya Allah, Sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaandan keagungan bagi ummat Muhammad.”

Syeikh Mustafa Masyhur

Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat.”

Muhammad Ahmad Ar-Rashid

” Golongan muda yang suci hatinya dari segala noda,bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan islam yang sebenar dan akidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun.”

Ibnu Syihab Az-Zuhry

Jangan kamu rasa rendah diri kerana mudamu.”

Dr. Abdullah Azzam

Saudaraku yang terhormat.Sesungguhnya jihad adalah rangkuman daripada kesabaran, kemantapan ,istiqamah dan tahan dalam menghadapi berbagaimacam tentangan.Hendaknya engkau selalu bertaqwa dan berzikir.”

EPILOG

Wahai saudaraku yang dihormati!!!

Andaikata kau gemar mendengar nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan merosakkan beralihlah segera kepada nasyid-nasyid yang syara. Dengarlah alunan bacaan Al-Quran imam-imam dan qari-qari hafiz yang tersohor di dunia ini.. Dengarlah pasti kau akan tersentuh.Kemerduaan suara mereka pasti melenturkan egomu. Hati yang keraskan melembutkan perasaanmu.InsyaAllah, kau akan terpikat.Bacaannya ,bacaan yang hangat.Tak mustahil air matamu akan mengalir andaikata engkau mendengar dan menghayati … Percayalah, pujuklah hatimu yang keras itu…Pinjamlah kaset atau CD Al-Quran daripada saudaramu yang memilikinya…Ku yakin, engkau akan teruja dengannya…

Wahai saudaraku yang budiman!!

Andaikata kau suka melihat, membelek dan menatap majalah-majalah berbau lucah dan meruntuhkan akhlak ; hentilah segera.. Ya sekarang ini..Ketahuilah ia amat bahaya untuk imanmu dan taqwamu.Maruahmu akan tercalar.Dan yang amat mengerunkan, Allah tersangat murka kepadamu…Ketahuilah engkau telah berbuat dosa dan noda. Segeralah beristgihfar dan bertaubat kepada Allah swt.

Imam Qusyari berkata :

Taubat adalah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah swt.”

Inginku khabarkan kepadamu, di sana terdapat sebuah buku yang amat mulia. Bila dibaca, hati terasa tenang. Jiwamu akan nyaman, damai dan tenteram. Dadamu pula terasa begitu lapang.Ketahuilah saudara ku itulah Al-Quran. Berwudhuklah, tatapilah ia , bacalah dengan khusyuk dan tadabbur.Ku yakin, air matamu akan mudah mengalir ..ketika itu engkau akan merasai kenyaman hidup bersama Al-Quran. AL-Quran hidup dalam hayat dan jiwa mereka beriman..

Pemuda K.A.H.F.I

Marilah kita menjadi seperti mereka. Pemuda yang teguh keyakinan dan ketaqwaan. Mereka amat memelihara solah lima waktu secara berjemaah. Mereka cukup sensitif dan peka apabila membaca Al-Quran. Mereka gemar mendengar-dengar ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah , nasihat-nasihat yang baik. Mereka suka senyum dan wajah mereka cukup tenang dan mempesonakan. Marilah mencontohi mereka dan bersahabat serta bergaullah dengan mereka..Semoga kita turut terkesan dan dididik oleh mereka yang soleh pilihan Allah swt… Oleh itu, – wahai saudaraku yang iltizam- Jadilah engkau Pemuda K.A.H.F.I…☺

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: