Bentuk Pemeliharaan Allah

Sudah seminggu aku berada di MMU ini. Minggu pertama merupakan minggu orientasi. Di tempatku, program seumpama ini digelar Minggu Taaruf. Lantas aku teringat Minggu Taaruf yang diadakan di MATRI saban tahun. Penuh dengan aktiviti yang mendekatkan para peserta kepada Allah, tidak terlepas juga diriku. Seronok berada di dalam program yang tarbawi.

Rasa sungguh tenang walaupun kadangkala terasa bosan. Rinduku membuak2 kepada sahabat2ku, adik2ku di MATRI dan khasnya adik2 di bumi Changlun, Attoyyibah. Tetapi, minggu orientasi di MMU ini penuh dengan aktiviti yang melalaikan dan menjauhkan diriku daripada Allah. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku lari daripada program ini. Tetapi apakan daya, semua pelajar baru wajib menyertai program ini. Aku bertambah pening dan sakit kepala. Aku hairan bagaimana pelajar yang lain mampu ketawa dan berseronok dengan program ini. Baruku sedari, mereka tidak pernah rasai tarbiyah sebagaimana yang pernah aku lalui. Aku terlalu benci. Acapkali aku tersentuh dengan perempuan dengan tidak sengaja. Terlalu sosial. Terpaksa menari, menyanyi. Kumpulan yang bercampur lelaki perempuan, melayu cina india, islam dan bukan islam. Otakku ligat memikirkan bagaimana untuk keluar dari semua ini. Otakku bertambah serabut.

Tiba2, aku teringat kata2 Cikgu Azmi Bahari, masulku yang amat kukagumi, sewaktu di MATRI dahulu “Orang mukmin akan mencari setiap rumusan / hikmah terhadap apa sahaja yang terjadi ke atas dirinya.” Aku mula berfikir. Allah tidak akan mensia2kan hanbanya yang berjuang di atas jalanNya. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersirat di sebalik apa yang terjadi. Aku juga teringat kata2 yang sering aku gunakan untuk menasihat orang lain, “Jika kita hadirkan Allah dalam segenap kehidupan kita, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita.” Aku yakin dan berdoa agar Allah pelihara diriku di dalam lautan masyarakat yang jahil ini.

Esoknya, aku duduk di dalam dewan dengan para peserta yang lain untuk acara seterusnya yang aku sendiri pun tidak tahu apakah acara tersebut. Tiba2 satu kejadian yang mengejutkan aku berlaku. Semalam urusetia mengambil gambarku. Aku sangkakan untuk dilekatkan di atas kad namaku. Namun, sangkaanku meleset. Rups2nya untuk dicalonkan sebagai Mr. MMU (Pelajar Lelaki Paling Popular Di MMU), dan akan digandingkan pula dengan Mrs. MMU (Pelajar Perempuan Paling Popular Di MMU). “Ya Allah, dalam 500 pelajar, mengapa namaku juga termasuk di dalam 7 calon pelajar paling popular. Tak dapat kubayangkan, aku perlu menari, menyanyi, dan melakukan aksi2 yang memalukan di atas pentas sambil disaksikan oleh semua pelajar2 yang lain di dalam dewan tersebut. Aku nampak gambarku ditayangkan di LCD Screen. Rakan2 di sekeliling semuanya memandang diriku dan mengusikku. “Ya Allah, selamatkanlah diri hambaMu ini.” Aku benar2 yakin Allah akan peihara diriku, cuma aku tidak tahu bagaimanakah bentuknya pemeliharaan Allah tersebut. Adakah dengan aku terus keluar dari dewan ini sementara masih sempat? Aku cuba untuk tenangkan diriku yang gelisah ini. 7 orang nama2 calon akan diumumkan satu persatu. Aku tidak tahu giliranku yang ke berapa. Setiap calon yang diumumkan perlu naik ke atas pentas. Setelah calon kelima diumumkan, tinggal baki lagi 2 calon. Aku yakin salah satunya itu adalah aku. Badanku berpeluh. Seluruh badanku menggigil walaupun aku berusaha untuk tenang. Kaku. Kesejukan air-cond sudah tidak kurasa. Ketika calon yang keenam hendak diumumkan, tiba2 pengerusi memintas. Katanya “Rasanya tidak cukup 5 orang calon. Baiklah kita akan pilih seorang lagi secara spontan (terus pilih tanpa merujuk kepada nama2 yang asal tadi)” .Baru aku sedar, pengerusi itu telah lupa bahawa sebenarnya ada 7 orang calon. Dan dia sangkakan hanya ada 5 orang calon sahaja. Jadi apabila dia hendak jadikan 6 calon kesemuanya, maka dia perlu memilihnya secara spontan. Alhamdulillah. Allahuakbar. “Ya Allah, sungguh hebat kekuasaanMu. Engkau selamatkan diriku hanya dengan melupakan diri mereka sahaja” Aku hampir menangis terharu. Namun cepat2 kulapkan mataku dengan lengan bajuku.

Esoknya, aku terlambat 10 minit untuk datang solat Subuh di masjid. Jd namaku dicatit. Lebih menggelisahkan aku, entah macam mana aku boleh tertinggal kad namaku di dalam bilik. Sebelum ini pun, tak pernah aku lupa untuk membawa kad namaku. Jadi sebelum masuk ke dalam dewan, urusetia memanggil semua nama2 pelajar yang lewat ke masjid. Beberapa orang keluar termasuk aku. Namun, kulihat semua yang lewat itu memakai kad nama, melainkan aku. Aku bertambah gelisah. Ketua urusetia melihat aku tanpa kad nama, lalu dia datang kepadaku. Dia bertanya di mana kad namaku. Aku menjawab tertinggal di dalam bilik. Mukanya merah padam. Dengan suara yang agak tinggi, dia suruh aku pergi ambil dan datang semula dalam masa 2 minit. Aku berlari sepantas mungkin untuk mengambil kad namaku dan datang semula dalam masa yang telah diberikan, dan aku lihat semua pelajar yang lewat tadi telah masuk ke dalam barisan semula. Lalu aku pun terus masuk ke dalam barisan tanpa memikirkan apa2. Namun aku terdengar suara2 kawanku2 bersembang. Katanya pelajar yang lewat tadi telah didenda untuk lompat pitang (lompat sambil tepuk tangan) sebanyak 60 kali di depan semua orang. “Ya Allah. Engkau selamatkan aku sekali lagi”. Aku terkejut dan hairan, bagaimana mereka boleh habiskan melompat sebanyak 60 kali tidak sampai 2 minit. Dalam masa 2 minit itulah Engkau selamatkan aku daripada didenda dan dimalukan di khalayak ramai.

2 hari kemudian, kesalahan yang sama berulang kembali. Aku masih lewat untuk ke masjid. Namaku dicatit dan diberi kepada ketua urusetia. Denda untuk kali ini pula ialah berdiri di atas tangga di tengah panas dan ketuk ketampi sebanyak 20 kali. Aku yakin kali ini aku pasti akan didenda dan tidak dapat untuk selamatkan diri lagi. Tapi aku pelik, semua nama pelajar yang lewat diumumkan kecuali aku seoang. Ya Allah! Sekali lagi Engkau pelihara diriku.

Banyak lagi peristiwa yang meyakinkan diriku akan pemeliharaan Allah. Antaranya dalam 20 kmpln mgkn 4 kmpln sahaja yang tidak perlu ke check point merangkak di dalam lumpur di tengah malam. termasuklah kumpulanku. Kemudian, Allah susun dalam kumpulanku terdapat ramai pelajar2 yang berasal dari sekolah agama. Banyak lagi yang tak dapat untuk kunyatakan.

Begitulah sahabat2. Betapa unik dan halusnya pemeliharaan Allah ke atas diri kita tanpa kita sedari. Ini apa yang benar2 terjadi ke atas diri ana. Mungkin juga berlaku ke atas diri sahabat2 @ adik2 tanpa kalian sedari. Hanya bersangka baiklah terhadap Allah. Bagi orang yang tidak berfikir ia tidak akan kata Allah yang peliharanya, tetapi ia akan kata “Nasib baik tak kena” Ataupun, “Kebetulan ja tu”. Tetapi bagi orang mukmin, mereka akan kata “Alhamdulillah, Allah susun aku tak kena.” Kerana apa sahabat2? Kerana “Orang mukmin akan mencari hikmh terhadap apa sahaja yang terjadi ke atas dirinya.”
Inilah hakikatnya sahabat2. Suasana masyarakat di luar memang teruk. Mana2 tempat pun hampir sama sahaja suasananya jika Allah tidak diambil sebagai Ilah. Ini baru suasana yg ana hadapi semasa di universiti. Ana tahu suasana di luar sana lebih teruk. Jd perlulah ana persiapkan diri dengan selengkapnya.

Cuba fikirkan

Setiap anak pokok akan diletakkan di tapak semaian. Apabila panas terik, bumbung hitam akan menapis cahaya yang mencukupi sahaja untuk sampai kepada anak pokok. Apabila hujan lebat, bumbung hitam juga akan menapis air2 hujan agar jatuh ke atas pokok dengan perlahan. Apabila angin kencang, dinding2 akan menghalang angin kencang tersebut daripada merosakkan anak pokok tersebut. Anak pokok akan membesar dengan subur dan matang di dalam tapak semaian. Tetapi anak pokok tidak tahu bagaimana kehidupan di luar. Dengan panas teriknya, dengan hujan lebatnya, dan dengan angin kencangnya, kerana anak pokok hidup di dalam tapak semaian sejak kecil. Tetapi, anak pokok pasti akan dikelurkan apabila sampai masanya nanti.

Kisah pokok ini sama dengan hakikat diri adik2 @ sahabat2 yang masih berada di sekolah agama. Kalian masih berada di tapak semaian. Kalian terlindung daripada suasana masyarakat yang teruk. Malah suasana sekeliling kalian juga masih baik berbanding dengan tempat2 yang lain. Kalian juga masih tidak lihat, betapa runcingnya masalah yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Tetapi, sampai bila kalian akan berseronok berada di tapak semaian. Kalian pasti akan keluar dari tapak semaian dan akan hidup di dunia luar yang penuh dengan cabaran dan kepayahan. Setakat manakah persediaan kita (ana dan antum)? Kalau di tapak semaian pun kalian dah kecundang dengan wanita. Kalau di tapak semaian pun kalian dah kecundang dengan hawa nafsu. Kalau di tapak semaian pun kalian dah langgar perintah Allah. Maka ana yakin, kalian pasti akan kecundang di dunia luar, dan akan kecundang juga di akhirat. Oleh itu, sementara kalian masih berada di tapak semaian, maka membesarlah kalian menjadi sepohon pokok yang matang dan mampu hidup di dunia luar dengan subur.

ukhwah_fillah90

17 Jun 08

MMU


Advertisements