Keresahan Meniti Hari

Setiap detik yang berlalu ..

menyedarkan aku…

betapa banyak waktu

telah aku habiskan ..

untuk dunia…

yang sia – sia sahaja..

Dimana kutub maraji’ ?

Nahu.. saraf .. balaghah..

‘arudh … hadith .. tauhid..

fiqh.. mantiq..

mana mereka semua ?

aku terlupa rupanya..

terlupa perjuangan ku..

akan bermula tak lama lagi..

Nampaknya.. aku masih leka..

leka dengan tanggungjawab..

lalai dengan jihad..

yang telah tersedia untuk dijamah…

dijamah seseorang yang bergelar mujahid…

mampukah aku merebut gelaran itu..

menyandang jawatan itu ..???!!

Lagu hijjaz yang berkumandang..

benar-benar menyentak khayalan …

menggoncang kelalaianku ..

apa hadf hidupku..

keresahan ku meniti hari …’

mesti bermula hari ini..!! ..

Katanya aku akan berjihad…

tapi.. mana perisai ku?

dari mana kan ku peroleh senjata?

akan terkorbankah aku..

kerna kurang persiapan..

atau akan menangkah aku…

dengan izin tuhan…..

“Berjuang menempah susah

menanggung derita menungkah fitnah

itulah gelombang hidup samudera duka

seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana

dipenjara dia uzlah dibunuh syahid

namun jiwa tetap memburu cita

membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang

ombak derita tiada henti

tenang tegang silih berganti

inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

dihiris doa airmata

siangnya bagaikan singa dirimba

memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit

kerana syurga itu manis

bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya berkorban

rela terhina kerna kebenaran

antara dua pasti terjadi

tunggulah syahid atau menang”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: